Thursday, January 04, 2007

MUZIKAL PUTERI GUNUNG LEDANG (:

Sejarah Melayu bukanlah satu-satunya minat saya, lebih-lebih lagi tentang Puteri Gunung Ledang. Ceritanya yang telah dirakamkan ke dalam sebuah VCD begitu meleret and membosankan dan kuasa ajaib Gusti Puteri Retno Dumilah dianggap sedikit mengarut bagi saya. Tambahan pula, cerita tersebut adalah selama tiga jam! Entah siapa yang tidak akan merasa bosan dan penat menonton cerita sebegitu, iaitu sebuah cerita yang berdasarkan tentang sejarah Melayu.

Sebelum menonton muzikal tersebut, saya beranggapan bahawa ceritanya akan berleretan dan saya tidak akan dapat memahami bahasa yang digunakan disebabkan oleh bahasa-bahasa bunga yang sukar untuk difahami. Akan tetapi, saya agak ghairah untuk menonton muzikal tersebut kerana ia memberi saya peluang untuk mempelajari dan mengetahui lebih lanjut tentang sejarah Melayu bersama rakan-rakan saya.

Begitulah tanggapan saya tentang cerita lagenda Puteri Gunung Ledang sebelum saya menonton muzikalnya di panggung teater Esplanade pada 26hb November. Namun, selepas menonton persembahan tersebut, tanggapan saya terhadapnya semua terus berubah.

Kami semua telah pergi ke sana dengan hati yang terbuka untuk mempelajari tentang Sejarah Melayu dan walaupun sebahagian naluri kami sedikit takut bahawa kami tidak akan dapat memahami jalan ceritanya, kami semua begitu ghairah untuk menonton muzikal tersebut. Sebelum kami masuk ke dalam dewan pawagan tersebut, kami telah mengambil beberapa keping gambar di luar Esplanade.

Kami pun masuk ke dalam dewan pawagam itu. Suasana di dalam dewan tersebut begitu "bersedia" untuk persembahan bermula. Seluruh dewan itu penuh dengan penonton-penonton yang juga ghairah untuk menonton muzikal itu.

Tidak lama kemudian, persembahan tersebut pun bermula. Bahasa yang digunakan walaupun berbunga, ia tetap senang untuk difahami. Lagu-lagu yang didendangkan begitu syahdu dan senikatanya dapat menyentuh hati. Pada masa yang sama, ia juga tidak membosankan langsung, bukan seperti apa yang telah saya jangkakan.

Tambahan lagi, persembahan itu tidak mempunyai banyak unsur-unsur ajaib, seperti pada watak Puteri Gunung Ledang. Ini membuat jalan ceritanya lebih realistik dan mudah untuk dibayangkan, lebih-lebih lagi untuk sesetangah mereka yang percaya bahawa kuasa-kuasa ajaib itu tidak wujud.
Selain itu, watak Hang Tuah tetap dijadikan sama dan kesetiaannya terhadap Sultan Mahmud tidak berubah. Hang Tuah mengikut segala arahan yang telah diberikan oleh Sultan walaupun ia bermakna beliau harus berpisahan dengan kekasihnya.

Kesimpulannya, saya rasa bahawa muzikal ini telah berjaya untuk menarik perhatian saya dan orang ramai dan dapat diterima oleh semua dari setiap lapisan masyarakat. Ia membuat saya sedar bahawa tidak semua yang berkaitan dengan sejarah Melayu semestinya membosankan. Persembahan tersebut adalah satu cara yang kreatif untuk memupuk minat pada bahasa dan budaya Melayu dalam setiap orang, lebih-lebih lagi pelajar-pelajar yang mempunyai tanggapan bahawa sejarah Melayu semuanya membosankan dan tidak penting. Pada masa yang sama, ia membuat kita lebih menghargai sejarah dan budaya kaum Melayu kita sendiri.

Akhir kata, ia adalah satu pengalaman yang tidak akan diluput daripada minda saya dan jika adanya persembahan yang serupa, JANGAN LUPA UNTUK BERITAHU KAMI! (:


-kami sayaaaaaaannnnggg PGL (:



atiqah(:
8:09 PM










February 2006
March 2006
June 2006
July 2006
January 2007
March 2007



Designer Eric Sim
Brushes Hybrid Genesis and Eric Sim