Wednesday, January 24, 2007

"Seni adalah jiwa dan jiwa adalah seni. Jiwa yang tidak berseni dan seni yang tidak berjiwa adalah seni yang mati dan jiwa yang mati"

Baru-baru ini, Cikgu Yanti sering membincangkan topik-topik yang berkenaan dengan sejarah Melayu. Pada minggu lalu, kami telah mempelajari tentang tulisan-tulisan Melayu lama seperti tulisan jawi, pallava dan juga tulisan sanskrit.

tulisan jawi
tulisan pallava

Tulisan Jawi telah berasal dari tulisan Arab dan ia merupakan huruf-huruf Arab yang telah dimasukkan ke dalam sistem penulisan bahasa Melayu. Tulisan Palava pula berasal daripada tulisan Hindu yang telah disebarkan apabila pengaruh Hindu bertapak di alam Melayu. Ia digunakan bagi menulis persuratan bahasa Melayu pada waktu itu.

Untuk meluaskan lagi pengetahuan dan minda kami, Cikgu Yanti telah mendaftarkan kami pelajar-pelajar Akademi Temasek ke sebuah bengkel Calligraffiti yang telah dianjurkan oleh anggota-anggota Mediterranean Visual Art Club (MVAC) di Perpustakaan Kebangsaan pada 13hb Januari 2007.

Sebelum menghadiri bengkel tersebut, saya berasa sedikit ghairah kerana saya berpendapat bahawa sesi Calligraffiti ini akan mendedahkan sedikit sebanyak tentang tulisan-tulisan kaligraffi Islam. Tambahan pula, bengkel ini mempunyai sebuah sesi di mana kami akan dapat mempelajari bagaimana untuk menulis dalam bentuk kaligraffi. Itu adalah sebabnya mengapa saya berasa ghairah untuk menghadiri bengkel ini.


keghairan kami yang tidak boleh dikawal lagi (:

Bengkel tersebut dimulakan dengan sebuah introduksi kepada pelbagai tulisan-tulisan yang berlainan seperti diwani, kufic and thuluth. Setiap tulisan tersebut mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dan berlainan daripada yang lain. Contohnya, tulisan Diwana lebih rumit penulisannya manakala tulisan Kufic kecil tetapi amat tinggi. Pada pendapat saya, tulisan Diwani adalah paling cantik dari semua tulisan-tulisan tersebut kerana ia mempunyai ciri-ciri yang lebih modern dan menarik perhatian orang-orang muda sebaya kami.

tulisan diwani


tulisan kufic

Selepas introduksi tersebut, kami telah diberi peluang untuk mencuba menulis nama kami dalam tulisan jawi menggunakan dua batang pensil yang telah diikat bersama. Pada pertama kali saya mencubanya, saya tidak dapat menulis nama saya langsung. Oleh itu, seorang pelukis di situ datang kepada kami untuk mengajar dan menolong kami bagaimana untuk melukisnya. Dari itu, kami sudah pandai melukis nama-nama kami dan ia sungguh cantik!




Kesuluruhannya, bengkel ini amat menarik walaupun saya tidak berminat pada sesi di mana pelukis tersebut menggunakan Adobe Photoshop untuk membuat sebuah lukisan. Pada pendapat saya, itu hanya membuang masa kerana kami tidak dapat memahaminya dan ia tidak begitu penting bagi saya untuk mempelajarinya kerana saya tidak mempunyai Adobe Photoshop. Selain itu, saya juga amat gembira dan seronok kerana dapat mempelajari sesuatu luar daripada bilik darjah bersama rakan-rakan saya dan juga pelajar-pelajar baru Akademi Temasek.

Pada tanggal 20hb Januari pula, kami telah menghadiri sebuah seminar tentang masyarakat Champa yang berada di Vietnam. Orang yang memberikan ceramah tersebut adalah seorang lelaki bernama Tran Ky-Phuong dan dia adalah seorang penyelidik di "The Vietnam Association of Ethnic Minorities' Culture and Arts".

Pada kali ini, saya berpendapat bahawa seminar ini sedikit bosan dan secara terus terang, saya tidak dapat memahami langsung apa yang telah diajarinya. Ceramah tersebut ialah lebih kepada artifek-artifek yang boleh dijumpai di Vietnam dan bukan kepada budaya masyarakat Champa itu sendiri. Oleh itu, saya rasa bahawa ia tidak membantu saya dalam memahami budaya masyarakat Champa lebih lanjut. Selepasa persembahannya, kami pun mengambil sekeping gambar bersamanya sebagai bukti bahwa kami telah menghadiri seminar tersebut.


Kesimpulannya, kedua-dua bengkel dan seminar ini merupakan sebuah pengalaman baru untuk saya mempelajari lebih lanjut tentang budaya Melayu kita sendiri. Walaupun sejarah Melayu boleh merupakan sebuah topik yang amat membosankan untuk kami, bengkel-bengkel dan seminar seperti ini telah berjaya untuk menarik perhatian ramai, termasuk golongan remaja yang memang tidak suka pada sejarah Melayu. Tuntasnya, saya rasa bahawa aktiviti-aktiviti seperti ini patut diadakan lagi pada masa depan kerana ia sungguh menarik dan kami dapat mempelajari sesuatu bersama rakan-rakan kami dengan cara yang amat menyeronokkan.


Nadhirah dan Aida di Banquet sebelum seminar tersebut(:



atiqah(:
10:09 PM





Thursday, January 04, 2007

MUZIKAL PUTERI GUNUNG LEDANG (:

Sejarah Melayu bukanlah satu-satunya minat saya, lebih-lebih lagi tentang Puteri Gunung Ledang. Ceritanya yang telah dirakamkan ke dalam sebuah VCD begitu meleret and membosankan dan kuasa ajaib Gusti Puteri Retno Dumilah dianggap sedikit mengarut bagi saya. Tambahan pula, cerita tersebut adalah selama tiga jam! Entah siapa yang tidak akan merasa bosan dan penat menonton cerita sebegitu, iaitu sebuah cerita yang berdasarkan tentang sejarah Melayu.

Sebelum menonton muzikal tersebut, saya beranggapan bahawa ceritanya akan berleretan dan saya tidak akan dapat memahami bahasa yang digunakan disebabkan oleh bahasa-bahasa bunga yang sukar untuk difahami. Akan tetapi, saya agak ghairah untuk menonton muzikal tersebut kerana ia memberi saya peluang untuk mempelajari dan mengetahui lebih lanjut tentang sejarah Melayu bersama rakan-rakan saya.

Begitulah tanggapan saya tentang cerita lagenda Puteri Gunung Ledang sebelum saya menonton muzikalnya di panggung teater Esplanade pada 26hb November. Namun, selepas menonton persembahan tersebut, tanggapan saya terhadapnya semua terus berubah.

Kami semua telah pergi ke sana dengan hati yang terbuka untuk mempelajari tentang Sejarah Melayu dan walaupun sebahagian naluri kami sedikit takut bahawa kami tidak akan dapat memahami jalan ceritanya, kami semua begitu ghairah untuk menonton muzikal tersebut. Sebelum kami masuk ke dalam dewan pawagan tersebut, kami telah mengambil beberapa keping gambar di luar Esplanade.

Kami pun masuk ke dalam dewan pawagam itu. Suasana di dalam dewan tersebut begitu "bersedia" untuk persembahan bermula. Seluruh dewan itu penuh dengan penonton-penonton yang juga ghairah untuk menonton muzikal itu.

Tidak lama kemudian, persembahan tersebut pun bermula. Bahasa yang digunakan walaupun berbunga, ia tetap senang untuk difahami. Lagu-lagu yang didendangkan begitu syahdu dan senikatanya dapat menyentuh hati. Pada masa yang sama, ia juga tidak membosankan langsung, bukan seperti apa yang telah saya jangkakan.

Tambahan lagi, persembahan itu tidak mempunyai banyak unsur-unsur ajaib, seperti pada watak Puteri Gunung Ledang. Ini membuat jalan ceritanya lebih realistik dan mudah untuk dibayangkan, lebih-lebih lagi untuk sesetangah mereka yang percaya bahawa kuasa-kuasa ajaib itu tidak wujud.
Selain itu, watak Hang Tuah tetap dijadikan sama dan kesetiaannya terhadap Sultan Mahmud tidak berubah. Hang Tuah mengikut segala arahan yang telah diberikan oleh Sultan walaupun ia bermakna beliau harus berpisahan dengan kekasihnya.

Kesimpulannya, saya rasa bahawa muzikal ini telah berjaya untuk menarik perhatian saya dan orang ramai dan dapat diterima oleh semua dari setiap lapisan masyarakat. Ia membuat saya sedar bahawa tidak semua yang berkaitan dengan sejarah Melayu semestinya membosankan. Persembahan tersebut adalah satu cara yang kreatif untuk memupuk minat pada bahasa dan budaya Melayu dalam setiap orang, lebih-lebih lagi pelajar-pelajar yang mempunyai tanggapan bahawa sejarah Melayu semuanya membosankan dan tidak penting. Pada masa yang sama, ia membuat kita lebih menghargai sejarah dan budaya kaum Melayu kita sendiri.

Akhir kata, ia adalah satu pengalaman yang tidak akan diluput daripada minda saya dan jika adanya persembahan yang serupa, JANGAN LUPA UNTUK BERITAHU KAMI! (:


-kami sayaaaaaaannnnggg PGL (:



atiqah(:
8:09 PM










February 2006
March 2006
June 2006
July 2006
January 2007
March 2007



Designer Eric Sim
Brushes Hybrid Genesis and Eric Sim