![]() |
||
![]() |
||
![]() |
||
![]() |
||
![]() |
Monday, July 10, 2006
Piala Dunia 2006 pun baru berakhir. Sungguh gembira hati saya apabila Itali mendapati piala dunia tersebut! Walaupun begitu, saya berasa sedih untuk kumpulan pemain bola sepak negara Perancis. Amat begus mereka bermain pada pertandingan akhir tersebut. Sungguh berkobar-kobar untuk memenang piala tersebut! Saya telah menonton pertandingan akhir di antara negara Perancis dan Itali bersama keluarga saya. Pada pendapat saya, ini telah membolehkan kami sekeluarga mengeratkan lagi silaturrahim di antara kami semua dan suatu masa untuk berkumpul dan bersorak-sorakan bersama-sama. Makin erat lagi hubungan kami sekeluarga.
Sungguh hampa saya apabila kumpulan Argentina telah dikalahkan oleh kumpulan Jermani. Ini telah membuatkan saya tidak suka kepada kumpulan Jermani pada pertandingan-pertandingan seterusnya. Pada pendapat saya, kumpulan yang kalah oleh kerana tendangan penalti sungguh kesian sekali dan ia adalah tidak adil bagi kumpulan-kumpulan yang kalah oleh kerana tendangan penalti ini kerana mereka telah bermain dengan bagus sekali ketika 120 minut tersebut. Kesiannya mereka yang keluar kerana tendangan penalti ini.
Ramai orang, terutamanya kaum lelaki, menonton pertandingan bola sepak ini untuk memerhatikan gerak-geri pemain-pemain bola sepak serta teknik-teknik bermain bola. Banyak pelajaran tentang teknik-teknik bermain bola sepak yang boleh didapati. Walau bagaimanapun, ramai perempuan yang menonton pertandingan bola sepak mempunyai sebab yang lain daripada kau lelaki; mereka lebih melihat pemain-pemain bola sepak! Sungguh kacak pemain-pemain bola sepak tersebut! Di antara pemain-pemain bola sepak yang diminati ramai adalah pemain-pemain seperti Ronaldo, Ronaldhino, Cristiano Ronaldo dan juga David Beckham. Yang paling diminati ramai rakan-rakan saya ialah Cristiano Ronaldo.
Pada pendapat saya, pertandingan bola sepak Piala Dunia ini telah meriahkan lagi suasana dalam keluarga orang ramai dan ini mengeratkan lagi hubungan antara adik-beradik dan juga ibu bapa. Walaupun kadangkala kami sedang menyokong kumpulan-kumpulan yang berbeza, proses menontonnya bersama itu telah meninggalkan banyak kenangan-kenangan yang manis. Masih ingat lagi saya bahawa saya dan ibu bapa telah memborong seperti membeli kerepek-kerepek dan juga banyak aiskrim untuk keluarga dan suadara-mara yang telah berkumpul di rumah saya.
Tidakkan saya lupakan saat-saat manis ini semua! (:
DIA
nur atiqah ismail
maktab rendah temasek
akademi temasek
5hb Mac 1991
peepz_star03@hotmail.com
(:
Entri-entri lepas
February 2006Rakan-rakan segilaku
Credits
Designer Eric Sim