![]() |
||
![]() |
||
![]() |
||
![]() |
||
![]() |
Tuesday, June 20, 2006
Terdapat bayak pesta-pesta yang terdapat di Amerika Selatan. Ia adalah suatu benua yang selalu diiringi bermacam-macam pesta pada tiap-tiap bulan. Di Argentina pula, tiada bezanya. Jikalau anda sedang berada di Villa General Belgrano pada akhir bulan September dan permulaan bulan Oktober, anda tentu akan mendapati diri anda dikelilingi ramai orang yang memakai lederhosen (iaitu sepasang celana pendek yang dibuat daripada kulit), kostume-kostume dan pakaian-pakaian nasional, irama muzik Jerman, makanan-makanan dan banyak bir.
Ini adalah Oktoberfest mengikuti cara Argentina. Fiesta Nacional de la Cerveza ini bermula sebagai suatu pesta tempatan pada tahun 1960-an, tetapi telah menjadi suatu pesta antarabangsa pada tahun 1980. Oktoberfest ini juga dikenali sebagai Pesta yang Terbesar di Dunia. Pada setiap tahun, terdapat sebanyak enam ribu orang yang akan datang mengunjung tempat tersebut. Tujuh puluh percent daripada pengunjung-pengunjung tersebut datang dari Bavaria. Banyak lagi pengunjung lain yang datang dari negara-negara lain, terutamanya Itali. Walau bagaimanapun, terdapat juga banyak pengunjung yang datang dari negara-negara bukan di benua Eropah, seperti Japan dan Australia.
Sepanjang sebelas hari, perbarisan, pancaragam, minuman bir, pertunjukan tarian, makan dan pertabalan Ratu Oktoberfest akan diadakan. Inilah pesta antarabangsa yang sering disambut di Argentina.
Irama muzik yang kuat kedengaran dan kumpulan-kumpulan penari-penari dari Eropah dan lain-lain negara di Latin Amerika menghibur orang ramai di sana. Terdapat beberapa hari yang telah dikhaskan kerana program untuk hari tersebut didedikasikan untuk upacara minum bir dan pameran budaya negera-negara seperti Jerman, Itali dan lain-lain lagi.

Pada hari-hari lain, ia adalah campuran pengaruh-pengaruh budaya, bersama muzik dan persembahan tarian daripada kumpulan-kumpulan internasional dari Greece, Croatia, Scotland, Ireland, Lithuania dan negara-negara lain serta kumpulan-kumpulan dari Argentina, di mana semua orang akan berpakaian nasional.
Kebanyakan daripada acara-acara tersebut diadakan di sebuah biergarten di Parque Cervecero, dengan beberapa syarikat membuat bir tempatan mempamerkan produk-produk mereka bersama bir-bir internasional lain.
Pada waktu petang, ramai orang pun berkumpul untuk upacara menepuk tong bir yang pertama. Beberapa tong bir pula akan dibuka selepas itu. Ramai orang akan berkumpul bersama dan memegang cawan-cawan mereka sambil berebut-rebut mencuba untuk mendapat semburan bir yang percuma itu. Menurut tradisi mereka, mereka yang dapat minum bir dari tong-tong tersebut akan mendapat keuntungan yang besar.
Upacara minum bir tersebut akan membentangkan suasana yang meriah penuh dengan keriangan. Selepas itu, sesuatu perbarisan yang beraneka warna akan dipertunjukan hingga fajar di mana peserta-peserta tersebut tentu akan bermandikan minuman bir dan kehabisan tenaga.

Satu lagi acara yang sangat dinanti-nantikan pada pesta Oktoberfest ini adalah upacara pemilihan dan pertabalan Ratu Bir Nasional. Seseorang itu akan dipilih daripada dua puluh orang yang sebelumnya telah terpilih dari setiap tempat di negara tersebut.
Kesimpulannya, sesiapa yang bercakap tentang Villa General Belgrano bermakna dia sedang bercakap tentang Oktoberfest di Argentina.

Pernahkah anda bertanya pada diri anda, bagaimanakah perayaan ini bermula? Beginilah ceritanya:
Putera Ludwig dari Bavaria, yang selepasnya itu ditabalkan Raja Ludwig I, mahu rakyatnya berkongsi kegembiraannya apabila beliau berkahwin dengan Puteri Therese dari Saxony-Hildburghausen pada Oktober 12, 1810.
Ludwig pun mengadakan suatu perlumbaan kuda dan penduduk-penduduk Munich pun diundang untuk mengahadiri pesta-pesta yang telah diadakan di padang-padang di hadapan City Gates. Ia bertujuan untuk merayakan perkahwinan diraja tersebut. Ia telah menarik hampir 40,000 tetamu.
Padang-padang tersebut telah dinamakan semula dan ia kini diberi nama "Theresienwiese". Ia adalah sebagai satu penghormatan kepada Puteri Mahkota. Namun, penduduk-penduduk di situ telah pun meyingkatkan nama itu kepada "Wiesn".
Kehadiran keluarga diraja di tempat perlumbaan kuda itu merupakan tanda penutupan acara tersebut yang diraikan sebagai satu pesta untuk semua penduduk Bavaria. Keputusan untuk mengadakan acara lumba kuda ini pada tahun-tahun berikut telah menimbulkan satu tradisi bernama "Oktoberfest."
Pada tahun itu, mereka hanya berseronakan dan minum bir, tetapi, ia kian dimaklumkan bahawa perlumbaan kuda itu akan dianjurkan lagi pada tahun 1811. Namun kali itu ia akan diadakan berserta dengan pertunjukkan pertanian negara.
Akhir kata, begitulah pesta Oktoberfest yang diadakan di Argentina di Latin Amerika. Pada pendapat saya, tentu penduduk-penduduk di sana dapat mengalami keriangan yang tidak dapat dikatakan. Perayaan-perayaan seperti begini lebih meriahkan suasana di negeri dan juga membawa semua orang bersama-sama tanpa mengikuti agama ataupun bangsa. Begitu seronok ya? (:
DIA
nur atiqah ismail
maktab rendah temasek
akademi temasek
5hb Mac 1991
peepz_star03@hotmail.com
(:
Entri-entri lepas
February 2006Rakan-rakan segilaku
Credits
Designer Eric Sim