hello! Yah, ini Atiqah, bukan namasayaatiqahdansayasukamisteri. Haha. Hai. Jam sudah menunjukkan pukul 11 malam, tetapi aku masih sedar lagi. Aku baru sahaja pulang dari sekolah kerana ada latihan dikir barat.
Aku rasa latihan dikir ini seronok kerana kami dapat memekik, bernyanyi, dan bertawa bersama-sama dan ini kami dapat melepaskan perasaan tertekan kami. Hmm...
Hai, semua orang di dalam dikir itu boleh bernyanyi. Aku? Janganlah harap. Jika aku bernyanyi sahaja, aku harus memberitahumu untuk menyediakan payung besar. Hujan lebat akan turun tidak lama kemudian. Haha.
Aku keliru. Apa yang harus aku bawa untuk Movie Mania esok? Ia akan berakhir pada waktu 9 pagi pada hari sabtu. Dan selepas itu, aku, Izyan, Dinie, Warda, Aida dan Nadhirah harus pergi ke kelas tarian yang akan bermula pada waktu 9 pagi. Hai, bagaimana harus kami menahan mata kami daripada dipejam? Tentu kami akan berasa amat ngantuk. Hai. Kami akan mandi dahulu sebelum ke kelas tarian supaya tidak berbau busuk seperti katak Warda. Haha.
atiqah(:
9:47 PM