Wednesday, February 22, 2006

***
assalamualaikunwarahmatullahhiwabarakatu! yea.. haha..

Ini adalah entri pertamaku! Aku masih di kelas Bahasa Melayu. Cikgu sedang semak-semak fail-fail kita. Bagaimana dengan nama blog saya? Lebih baik daripada "rombongan-ketam" atau "rakyat-udang" kan? Haha.. Hmmm... Blog ini pun akan disemak tau. Blog pun ada markah. Wah, lepas ini kita semua dah pandai menulis blog dalam bahasa Melayu rasmi tau. Hmm, kena "up-up" sedikit. Haha.

Hari ini saya bangun awal. Yay.. Pukul enam sudah bangun. Ye, awal lah tu. Selalu bangun pada pukul enam suku. Aku pun pergi sekolah seperti biasa lalu berjumpa dengan Dinie, Nadhirah dan Aida di kawasan perhimpunan sekolah. Hari ini hari Rabu. Kita mesti pakai baju seragam sekolah yang tebal itu. Dan juga tali leher yang seperti mencekik-cekikku itu. Haha. Seperti biasa, orang mesti ikatkan tali leher itu untukku kerana aku tidak tahu bagaimana untuk mengikatnya [jangan ketawa lah]=). Tadi, sedang Nadhirah mengikatkan tali leher itu untukku, Mr Tong nampak! [Apakah keistimewaan Mr Tong? haha.. Kepalanya yang cukup mengkagumkan. Shh.. Diam diam tau. Ini rahsia. Haha.]

"Pakai tali leher awak. Ha? Kawan mesti buatkan ke? Kamu [berbual kepada Nadhirah] jangan buatkan dia, biar dia buat sendiri. Ajar sahaja." Hmm.. Walaubagaimanapun, Nadhiah terus ikatkan untukku. Yay! Dia seorang rakan yang baik sekali. Haha. SAYA SAYANG PADAMU, NAD! DARLING NOMBOR SATUKU! YEA.. HAHA.

Masa pertama adalah kelas matematiks! Ya, kamu hendak tahu apa yang telah terjadi semasa kelas ini? Aku akan ceritakan kepadamu sekarang. Seperti biasa, guru kami telah memberikan kami sesuatu soalan dan menyuruh kami membuatnya berseorangan. Aku tidak tahu bagaimana untuk membuatnya lalu Izyan dan aku pun bermula menyanyi lagu "Accidentally in Love". Sedang kami menyanyinya, kami tidak sedar bahawa guru kami sedang berdiri di hadapan kami lalu dia terus berkata, "Ya, sedap lagu itu. Tetapi sekarang adalah kelas matematiks, bukan kelas menyanyi." Hmmm. Kena lagi aku untuk hari ini. Pertama, oleh Mr Tong. Sekarang dengan guru matematikku. Haha. Begitulah cerita sekolahku pada hari ini.

Selepas sekolah kami telah berakhir, Izyan, Nadhirah, Dinie dan aku harus pergi ke latihan dikir barat untuk gema temasek yang akan berlangsung pada 13hb Mei ini. Separuh jalan, Izyan dan Nadhirah harus pergi untuk kelas hoki mereka dan kemudian tinggallah aku dan Dinie sahaja. Selepas kami telah melakukan "pecah suara", kami belajar bertepuk sepuluh dan juga lagu "Dyan Yuhaila". Latihan dikir barat ini sungguh menarik dan ia telah menolong kami menghilangkan stress daripada pelajaran harian kami. Aku rasa ia adalah sungguh menarik dan kami dapat belajar tentang dikir barat sambil berseronokan bersama rakan-rakan kami.

Aku pun sampai rumah pada pukul 6.30 petang. Sungguh memenatkan. Dan sekarang, aku sedang membuat satu daripada tugas rumahku, menulis blog Melayuku! Selepas ini, ada beberapa tugas rumah yang lain yang harus aku selesaikan. Begitulah jadual seharianku, asyik pulang rumah, buat tugas rumah. Hmmm. Aku harap aku akan dapat menyesuaikan diriku dengan program bersatu [IP] ini. Begini sahajalah bagi entri pertamaku. Aku harap aku akan dapat menulis dengan lebih lagi pada masa yang lain. Hmmm.. [kalau tidak malas. Hehe.] =)

***

Aku baru sahaja pulang rumah dari latihan dikir barat tadi dan harus sambung membuat blog ku ini. Entah bagaimana entri semalamku itu tidak dapat disiarkan di dalam blog dan aku harus menulisnya semula lagi tadi. Hmm, apalah blogger.com ini. Aku sudah penat-penat menulisnya semalam dan semua terus hilang?! Hmmm.. Kalau cikgu potong markahku, aku akan hentam awak! Haha. Merepek lah aku ini. Akibat stress dan kepenatan agaknya. Latihan dikir barat tadi sungguh menarik dan aku tidak terhenti-henti berketawa bersama Dinie, Nadhirah, Aida dan Warda. Kami bersendi-senda dan berlagak seperti seorang insan ini yang tidak boleh dinamakan untuk menjaga keselamatannya. Haha.

Begitu sahajalah untuk entriku ini. BYE!!


[AKU CINTA PADAMU, NADHIRAH!! HAHA..=)]


atiqah(:
12:18 PM










February 2006
March 2006
June 2006
July 2006
January 2007
March 2007



Designer Eric Sim
Brushes Hybrid Genesis and Eric Sim