Aku bangun awal tadi pagi. 8.15 sudah membuka mata. Yah lah, aku harus pergi ke latihan tarian untuk gema. Kami baru diberitahu oleh Nadiah semalam.
Tarian sungguh memenatkan. Kami telah belajar dua jenis tarian hari ini. Tarian inang dan joget. Hai, susah juga untuk mempelajarinya. Joget lebih susah daripada inang kerana ia mempunyai 12 "sets" sementara inang hanya mempunyai 4 "sets" kesemuanya. Hai, penat juga badanku ini. Semalam baru sahaja memanjat "adventure towers" dan sekarang badanku sudah sakit. Haha. Aku tidak akan memberitahu tentang semalam. Sungguh memalukan. Haha. =)
Itu sahajalah untuk masa ini. Aku harus menghabiskan kesemua kerja rumahku pada hari ini kerana esok sepenuh hari aku akan sibuk. Hai, aku ingatkan minggu terakhir ini boleh berehat sedikit. Salah juga aku ini. Banyak kerja rumah yang harus kami menghantar pada hari Isnin. Okay lah, bye!
atiqah(:
5:55 PM